Bagaimana jangkitan HPV dan masalah kesihatan yang disebabkan olehnya boleh dicegah?
Apakah itu human papillomavirus (HPV)?
HPV adalah virus yang boleh menyebabkan penyakit kelamin (sexually transmitted disease, STD) dan adalah penyakit STD yang paling kerap berlaku di dunia. Jangkitan HPV dianggarkan berlaku di kalangan sekurang-kurangnya 80 peratus wanita dan lelaki yang telah bermula hubungan seks.
Apakah gejala atau simptom jangkitan HPV?
Kebanyakan orang yang dijangkiti HPV tidak mempunyai apa-apa gejala kerana sistem ketahanan (imun) badan dapat menyingkirkan virus HPV sebelum apa-apa gejala berlaku.
Walaubagaimanapun, bagi individu yang mempunyai simptom, ketuat (genital warts) boleh dilihat di kawasan alat kelamin. Ketuat juga boleh dilihat di kulit (non genital warts) kerana HPV disebarkan antara kulit. Ketuat kebanyakkanya disebabkan oleh HPV jenis 6 dan 11. HPV jenis berisiko tinggi (high risk strains) boleh menyebabkan penyakit barah di cervix, dubur (anus), vulva dan faraj, zakar dan juga dalam mulut dan tekak (oropharyngeal).
Bagi penyakit barah cervix peringkat awal, simptom-simptom adalah lelehan faraj berdarah di luar masa haid, selepas menopaus atau selepas hubungan seks. Lelehan faraj yang mungkin berbau juga adalah antara simptom barah cervix.
Bagaimana seseorang boleh dijangkiti HPV?
HPV adalah virus yang boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit, melalui hubungan seks (sama ada melalui vagina, oral, zakar atau lubang dubur) atau melalui sentuhan kawasan genital (alat kelamin). Individu tidak boleh dijangkiti HPV melalui sentuhan objek contohnya tempat duduk tandas.
Disebabkan virus ini boleh dijangkiti melalui hubungan seks, jika individu mempunyai beberapa pasangan seksual, risikonya ditingkatkan. Tambahan pula, kondom hanya memberi perlindungan yang tidak sepenuhnya. Pengisapan rokok juga boleh meningkatkan risiko jangkitan HPV sebanyak 4 kali ganda, bersama juga jika individu mengambil ubat yang melemahkan sistem imun atau mempunyai penyakit yang melemahkan sistem imun.
Apakah komplikasi penyakit jangkitan HPV?
Seperti dijelaskan di atas, HPV boleh menyebabkan penyakit barah di cervix, vulva, faraj, zakar atau lubang dubur. Ia juga boleh menyebabkan barah tekak, lidah dan tonsil.
Jenis HPV yang menyebabkan penyakit ketuat tidak sama dengan jenis HPV yang menyebabkan barah. Penyakit barah yang disebabkan oleh HPV selalunya mengambil jangka beberapa tahun untuk berlaku.
Bagaimana jangkitan HPV dan masalah kesihatan yang disebabkan olehnya boleh dicegah? Apakah rawatan penyakit jangkitan HPV?
Vaksin terhadap HPV adalah sangat digalakkan. Vaksin HPV adalah selamat dan berkesan. Keberkesanan vaksin ini adalah setinggi 97% di kalangan individu yang tidak pernah dijangkiti HPV. Vaksin juga bermanfaat jika penerima sudah dijangkiti HPV.
Jika individu menghidap barah yang disebabkan oleh HPV, rawatan yang diberikan termasuk pembedahan, kemoterapi dan radioterapi.
STDs: Apakah Simtom HIV Dan STD?