fbpx
Keracunan-makanan

Keracunan makanan. Apakah yang anda perlu tahu?

Keracunan makanan adalah penyakit diakibatkan oleh makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman, virus atau kulat. Kuman-kuman yang sering menyebabkan keracunan makan antaranya adalah E.coli, Salmonella, Shigella, Campylobacter, Staphylococcus, Bacillusdan lain-lain lagi. Di kalangan virus, yang paling kerap dilihat adalah norovirus, rotavirus, adenovirus dan astrovirus. Jarang sekali parasit seperti Cryptosporidiumjuga boleh menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makanan mempunyai potensi untuk menjadi penyakit yang serius yang boleh membawa maut. Kita lihat apakah simptom-simptom, komplikasi, individu risiko tinggi dan cara-cara mencegah keracunan makanan seterusnya.

Apakah simptom/gejala keracunan makanan?

Antara simptom atau gejala-gejala keracunan makanan adalah:

  • Loya dan muntah
  • Cirit-birit (sama ada berdarah atau tidak)
  • Sakit perut
  • Demam
  • Merasa penat atau kelesuan

Dikalangan simptom-simptom di atas, yang dikatakan serius adalah demam, cirit-birit berdarah dan kelesuan.

Bagaimana kita mengenal pasti individu-individu yang kemungkinan mendapat risiko untuk mengalami komplikasi?

Walaupun kebanyakan atau majoriti individu yang dikenakan penyakit keracunan makanan akan pulih tanpa memerlukan lawatan hospital, sesetengah individu mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami komplikasi. Individu-individu tersebut termasuk:

  • Warga tua terutamanya mereka yang mempunyai penyakit kronik (jantung, buah pinggang etc)
  • Bayi dan kanak-kanak
  • Individu yang mempunyai imuniti rendah (contohnya pesakit HIV, pesakit yang memerlukan dos steroid yang tinggi atau ubat menurunkan sistem imun untuk penyakit, pesakit barah atau kanser yang menjalani kemoterapi)
  • Perempuan hamil

Apakah pula komplikasi yang boleh diakibatkan oleh penyakit ini?

Ini adalah termasuk:

  • Dehidrasi yang boleh mengakibatkan fungsi organ-organ tergendala
  • Pengurangan berat badan
  • Kekeliruan dan kurang atau tidak kesedaran (terutamanya antara warga tua)
  • Komplikasi terhadap janin
  • Maut

Bilakah saya perlu melawat doktor atau hospital dengan segera?

Dikalangan dewasa, anda perlu lawat doktor atau hospital jika:

  • Semua air atau minuman yang anda minum dimuntah keluar selama 24 jam dan lebih
  • Muntah-muntah selama 2 hari
  • Muntah berdarah
  • Cirit-birit berdarah
  • Demam lebih daripada 40 suku darjah Celsius
  • Dehidrasi – simptomnya adalah merasa terlampau haus, kencing mewarna kuning pekat atau sedikit/tiada kencing langsung, merasa terlampau lemah dan pening dan kelesuan

Dikalangan bayi dan kanak-kanak, anda perlu membawa kehospital dengan segerajika:

  • Demam 38.9 suku darjah Celsius dan ke atas
  • Kelesuan dan kesusahan untuk selesai
  • Perut merasa terlalu sakit
  • Cirit-birit darah
  • Dehidrasi – simptomnya adalah warna kencing yang pekat, diaper yang tidak basah dalam masa 6 jam, fontanel yang lembut di atas kepala dikalangan bayi, menangis tanpa air mata, mulut kering, terlalu mengantuk dan tidak bertindak balas
  • Muntah-muntah lebih daripada beberapa jam

Jika bayi anda berumur kurang daripada 3 bulandan disyaki mendapat penyakit keracunan makanan, tidak kira tanda-tanda serius, bayi itu mesti dibawa ke hospital dengan segera. Sama juga bagi mereka yang hamilyang mengesyaki penyakit keracunan makanan, perlu melawat hospital secepat mungkin untuk memastikan kesihatan janin tidak terjejas.

Apakah langkah-langkah pencegahan keracunan makanan yang boleh diambil?

Amalan kebersihan yang baik

Semua orang menpunyai tanggungjawab untuk memastikan kebersihan peribadi, keluarga atau di tempat perniagaan makanan adalah sebaik mungkin. Ini termasuk pembasuhan tangan dengan air dan sabun atau gel/lap sanitasi dengan teliti terutamanya sebelum dan selepas makan atau sebelum, semasa dan selepas penyediaan makanan. Ini juga termasuk kanak-kanak – pengajaran pembasuhan tangan di kalangan kanak-kanak adalah salah satu pencontohan yang baik kepada mereka. Meja-meja juga perlu dibersih/dilapkan dengan bersih sebelum dan selepas makan.

Amalan penyediaan makanan yang teratur dan baik

Selain daripada kebersihan peribadi dan tangan yang baik, makanan yang mentah mesti disediakan dengan teliti. Contohnya mengasingkan alat dipakai untuk daging mentah daripada sayur/buah mentah melalui papan cincang asing. Setelah selasai, pastikan alat-alat tersebut dibasuh secukupnya dengan air dan sabun.

Memastikan makanan yang dimakan adalah dimasak dengan sepenuhnya

Makanan seperti daging, ikan dan makanan laut yang lain seperti udang, kerang dan lain-lain mesti dimasak dengan sepenuhnya/secukupnya dan tidak berbau busuk untuk mengelakkan risiko penyakit keracunan makanan.

Vaksin-vaksin untuk dipertimbangkan

Walaupun bukan wajib, individu-individu mempunyai pilihan untuk mendapatkan vaksin seperti vaksin Typhoid (terutamanya sebelum perjalanan ke luar negara di mana penyediaan makanan tidak dipastikan bersih) dan vaksin Rotavirus dan Cholera (di kalangan kanak-kanak). Sila hubungi klinik-klinik kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

Langkah-langkah untuk diambil dan dijaga ketika di luar negara

Ketika di luar negara di mana penyediaan makanan kurang pasti bersih, beberapa langkah perlu diambil supaya risiko mengalami penyakit keracunan makanan dikurangkan sebanyak mungkin. Ini termasuk:

  • Meminum minuman atau air daripada botol (yang dibeli dan belum dibuka) sahaja
  • Mengelakkan ais (kerana ais kemungkinan dibuat daripada air yang tercemar)
  • Mengelakkan buah-buahan yang telah dikopek atau yang tidak ada kulit seperti strawberi dan salad mentah – sebaliknya anda sendiri mengopek buah-buahan seperti pisang dan oren adalah disyorkan
  • Mengelakkan daging dan ikan mentah
  • Mendapatkan vaksin-vaksin yang disebutkan di atas sebelum perjalanan ke luar negara

Kesimpulan

Penyakit keracunan makanan adalah salah satu penyakit yang boleh kerap berlaku di kalangan individu. Majoriti individu tidak akan mengalami penyakit yang serius. Walaubagaimanapun, simptom-simptom dan tanda-tanda serius mesti diketahui dan tidak boleh diambil dengan mudah. Langkah-langkah pencegahan adalah tanggungjawab semua individu untuk mengelakkan orang tersayang kita atau pelanggan di restoran mengalami penyakit ini.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Ezlyn Izharuddin dari klinik wanita kami


Lihat juga

women’s clinic singapore womens clinic

Share: