Apakah Simtom HIV Dan STD?

Hai, Saya Dr. Taufiq dari Dr. Tan dan Partners, dan hari ini saya ingin bercakap mengenai simtom penyakit kelamin atau STD, dan HIV.

Doktor yang boleh berbahasa melayu


Apakah simtom HIV dan STD?

Penyakit kelamin atau STD berpunca dari beberapa jenis virus, bakteria atau kuman yang boleh menjangkiti seseorang melalui hubungan seks dengan pasangan yang sudah pun mempunyai jangkitan tersebut. Penyakit HIV pula berpunca dari virus yang dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus, dan ia juga tersebar melalui hubungan seks.


Simtom-simtom STD

Simtom-simtom STD boleh dibahagikan kepada tiga jenis – simtom semasa kencing, simtom pada kulit dan simtom umum. Simtom-simtom STD boleh mengambil masa yang berbeza untuk muncul – ada yang mungkin seawal 3 hari selepas hubungan seks, ada juga yang mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk menjadi jelas. Ada pula sesetengah orang yang dijangkiti STD, tetapi mereka tidak mengalami apa-apa simtom yang nyata.


Jangkitan Chlamydia dan gonorrhea (CGP)

Jangkitan Chlamydia dan gonorrhea (CGP) adalah penyakit STD yang paling kerap dijangkiti. Antara simtom 2 termasuk pengeluaran cecair dari kemaluan.

Ada juga yang dijangkiti tapi tidak menunjukkan apa2 simtom. Jangkitan ini juga boleh membawa kepada kemandulan.

Anda boleh mendapat keputusan dalam masa 24 jam. Pengesanan awal dapat membolehkan rawatan awal.

Simtom-simtom HIV pula mungkin berbeza bergantung pada individu dan peringkat penyakit.


Simtom-simtom HIV

Bagi seseorang yang mengalami jangkitan HIV peringkat awal, mereka mungkin dapat melihat simtom-simtom tertentu dalam masa 2 hingga 4 minggu pertama.

Simtom yang paling ketara pada peringkat awal ialah selsema yang serius, yang selalu disifatkan sebagai “selsema yang paling buruk yang pernah dialami”.

Keadaan ini dikenali sebagai sindrom retroviral akut, atau ARS. Sindrom jangka pendek ini disifatkan dengan sakit tekak, ruam, keletihan, sakit-sakit badan dan sakit kepala. Simtom-simtom HIV boleh berlarutan dari beberapa hari hingga ke
beberapa minggu.

Selepas jangkitan HIV peringkat awal, simtom-simtom penyakit ini mungkin hilang. Tapi awas, jangkitan HIV mungkin sudah mara ke peringkat kedua yang dipanggil peringkat latensi. Pada peringkat ini, virus HIV membiak di dalam tubuh badan, tanpa menunjukkan apa-apa kesan yang jelas seperti simtom- simtom yang telah saya katakan tadi.

Peringkat terakhir jangkitan HIV dikenali sebagai penyakit AIDS. Pada peringkat ini, fungsi perlindungan dalaman atau sistem imun badan akan mula merosot.

Seseorang yang mempunyai penyakit AIDS akan lebih senang jatuh sakit, dan mungkin juga mati kerana sebab-sebab yang pada asasnya, tidak serius.


HIV Rapid Test

Untuk mengesan jangkitan HIV, ujian pantas HIV (HIV Rapid Test) hanya boleh diambil sekurang-kurangnya 14 hari selepas anda terdedah pada aktiviti berisiko tinggi.Ini adalah ujian generasi ke 4 dimana ia boleh mengesan HIV
seawall 14 hari.

Ujian generasi ke 3 pula memakan masa 90 hari selepas pendedahan sebelum boleh mengesan HIV.


PrEP dan PEP

PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) adalah ubat yang diambil untuk mengelak daripada menjangktii virus HIV. PEP (Post exposure Prophylaxis) pula adalah ubat yang diambil setelah terdedah pada virus HIV.

PrEP biasanya digalakkan bagi mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat HIV seperti golongan yang mempunyai pasangan yang berbeza, lelaki yang berhubungan sesama lelaki lain.

PEP pula di galakkan bagi golongan yang terdedah pada HIV. Contohnya kondom yang pecah sewaktu bersetubuh, berhubungan dengan pekerja seks tanpa kondom dan pendedahan pada HIV melalui suntikan jarum. (needlestick injury).


Apa itu HPV

HPV atau Human Papilloma Virus adalah sejenis virus yang merebak melalui sentuhun kulit. Ia boleh menyebabkan ketuat (warts) serta kanser pangkal rahim (cervix).

Kini ada vaksin yang bleh melindungi anda daripada 9 jenis virus HPV. Ia dinamakan Human Papillomavirus 9-valent Vaccine. Human Papillomavirus 9-valent Vaccine adalah satu-satunya vaksin yang boleh mengelak daripada kanser. Ia digalakkan bagi lelaki dan perempuan berumur 12 tahun ke atas.

Saya telah pun memberikan penerangan ringkas tentang penyakit STD, HIV dan AIDS.

Sebelum saya akhiri, saya ingin memberi beberapa pesanan.


Kesimpulannya

  • Pertama, saya ingin menegaskan bahawa simtom-simtom seperti selsema, sakit tekak, sakit badan dan sebagainya, sama seperti simtom-simtom untuk penyakit biasa. Jadi, janganlah tergopoh-gapah untuk menganggap bahawa awak telah dijangkiti penyakit HIV hanya kerana awak ada simtom-simtom tersebut. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengingatkan bahawa ramai orang yang dijangkiti penyakit HIV tidak menunjukkan apa-apa simtom yang jelas dan nyata.

Jika awak berasa ragu tentang kesihatan awak, adalah wajar untuk berjumpa dengan doktor yang bertauliah untuk mendapatkan pemeriksaan dan kepastian.

  • Kedua, mujurnya, kini kita sudah boleh merawat dan mengawal penyakit HIV dengan lebih berkesan. Sekiranya anda mendapatkan rawatan untuk jangkitan HIV, anda mempunyai peluang untuk hidup dengan sihat, dan bebas dari simtom-simtom ini untuk masa yang lama.
  • Ketiga, anda hanya akan dapat mengesahkan penyakit HIV dan kesihatan anda melalui ujian khas, tiada jalan lain untuk mendapatkan kepastian ini.

Sekiranya anda bimbang tentang kemungkinan pendedahan, atau anda mengalami simtom-simtom STD dan HIV, sila lawati klinik kami untuk penilaian dan ujian yang betul. Kami sedia membantu untuk memberi nasihat dan rawatan yang diperlukan. Bicaralah dengan dokter Anda hari ini!


Tag: hiv test