Pap smear – Mengapakah anda perlu ketahui ujian ini?
Apakah itu barah cervix, HPV dan apakah pemeriksaan yang disyorkan?
Apakah itu ujian Pap smear?
- Pap smear (atau ujian Papanicolaou) adalah ujian yang dijalankan oleh doktor untuk mengesan tanda-tanda kanser (barah) cervix. Cervix adalah bahagian antara vagina dan rahim di dalam badan wanita (bahagian bawah rahim).
- Semasa ujian Pap smear, doktor tersebut akan memasuki sesuatu alat pemeriksaan bernama speculum yang digunakan untuk menolak tepi belah vagina. Setelah ditolak tepi, cervix dilihat dan sesuatu berus kecil digunakan untuk mengiris sel-sel di cervix secara perlahan-lahan.
- Individu yang menjalani ujian Pap smear mungkin akan merasa kurang selesa tetapi biasanya tidak merasa sakit.
- Setelah ujian lengkap, sampel akan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskope.
Siapakah sesuai untuk menjalani ujian Pap smear?
- Semua wanita yang berumur 25 tahun dan ke atas yang sudah aktif secara seksual sepatutnya menjalani ujian Pap smear.
- Bagi mereka yang tidak pernah mempunyai keputusan Pap smear yang tidak normal, Pap smear perlu dijalankan sekurang-kurangnya setiap 3 tahun.
Apakah yang perlu disediakan sebelum wanita menjalani ujian Pap smear?
- Tidak ada apa-apa yang spesifik yang perlu disediakan sebelum ujian Pap smear.
- Wanita yang dalam haid juga boleh menjalani ujian ini. Jika haid terlalu berlebihan, individu tersebut boleh menghubungi klinik tersebeut untuk menukar tarikh temujanji.
Apakah itu barah atau kanser cervix?
- Barah atau kanser cervix adalah barah ke-enam paling kerap antara wanita di Singapore. Barah cervix terjadi apabila sel-sel yang normal bertukar kepada sel yang tidak normal yang tumbuh diluar kawalan. Kebanyakan wanita yang mempunyai kanser cervix yang dikesan semasa peringkat awal boleh dirawat dengan sepenuhnya.
- Faktor risiko barah cervix yang paling penting adalah jangkitan human papilloma virus (HPV).
- Simptom-simptom barah cervix termasuk lelehan berdarah dari vagina yang berlaku di antara waktu haid (bukan semasa haid), selepas hubungan seks atau selepas menopaus.
- Penyakit barah ini terbelah kepada beberapa peringkat (awal ke peringkat akhir). Barah ini boleh dirawat dalam beberapa cara termasuk pembedahan. Pembedahan termasuk “radical hysterectomy” atau pengeluaran cervix, rahim dan bahagian atas vagina atau pembedahan pengeluaran semua atau sebahagian daripada cervix – pembedahan ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu sahaja.
- Rawatan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.
Apakah itu human papillomavirus (HPV)?
- HPV adalah virus yang boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit, melalui hubungan seks (sama ada melalui vagina, oral atau lubang dubur) atau melalui sentuhan kawasan genital (alat kelamin). Individu tidak boleh dijangkiti HPV melalui sentuhan objek contohnya tempat duduk tandas.
- Disebabkan virus ini boleh dijangkiti melalui hubungan seks, jika individu mempunyai beberapa pasangan seksual, risikonya ditingkatkan. Tambahan pula, kondom hanya memberi perlindungan yang tidak sepenuhnya. Pengisapan rokok juga boleh meningkatkan risiko jangkitan HPV sebanyak 4 kali ganda, bersama juga jika individu mengambil ubat yang melemahkan sistem imun atau mempunyai penyakit yang melemahkan sistem imun.
Adakah semua jenis atau strain HPV berbahaya?
- Terdapat lebih daripada 100 strain atau jenis HPV tetapi kebanyakan jenis HPV tidak menyebabkan kanser. Lebih daripada 80% wanita akan terdedah kepada virus HPV dalam hidup mereka. Kebanyakannya, system imun badan akan menyingkirkan virus ini secara semula jadi sebelum virus ini menyebabkan penyakit teruk. Tetapi, peratusan kecil wanita akan menghidapi penyakit yang lebih serius seperti kanser.
- Terdapat jenis HPV yang berisiko rendah iaitu HPV jenis 6 dan 11 yang boleh menyebabkan penyakit ketuat kelamin (genital warts). Jenis berisiko rendah ini jarang sekali boleh menyebabkan kanser.
- Antara jenis HPV yang berisiko tinggi adalah jenis 16 dan 18 yang boleh menyebabkan kanser cervix. Jenis 31, 33, 45, 52 dan 58 juga boleh menyebabkan kanser.
Apakah ujian yang boleh dijalankan untuk mengesan HPV?
- Ujian HPV boleh dilakukan pada masa yang sama dengan ujian Pap smear iaitu melalui pengunaan berus kecil yang digunakan untuk mengiris sel-sel di cervix secara perlahan-lahan.
- Di clinic Dr Tan & Partners, kita dilengkapi dengan mesin yang boleh mendapatkan keputusan HPV secara cepat iaitu melalui Rapid HPV test. Keputusannya boleh dihasilkan dalam masa 24 jam.
Apakah cara yang boleh mengurangkan risiko seseorang dijangkiti HPV dan barah cervix yang disebabkan oleh HPV?
- Vaksin adalah efektif untuk mengurangkan risiko ini dan boleh mengelakkan seseorang daripada dijangkiti 70-90% jenis HPV berisiko tinggi dan juga jenis HPV yang boleh menyebabkan penyakit genital warts. Vaksin tersebut dinamakan Gardasil 9.
- Selepas individu menerima vaksin, individu tersebut masih lagi perlu menjalani ujian Pap smear sekurang-kurangnya setiap 3 tahun kerana vaksin tidak boleh mencegahkan seseorang daripada dijangkiti jenis HPV berisiko tinggi yang lain yang tidak dilindungi Gardasil 9.
Siapakah sesuai untuk menerima Gardasil 9?
- Vaksin Gardasil 9 diluluskan untuk diberi kepada perempuan yang berumur 9 tahun ke 26 tahun. Bagi mereka yang berumur lebih daripada 26 tahun, penerimaan Gardasil 9 boleh dibincangkan bersama doktor.
Apakah beza Gardasil 9 dengan vaksin HPV yang lain?
- Terdapat vaksin yang lain yang dinamakan Gardasil dan Cervarix. Gardasil hanya boleh mencegah jangkitan HPV jenis 6, 11, 16 dan 18 sahaja (16 dan 18 adalah jenis HPV yang berisiko tinggi) dan Cervarix hanya mencegah jangkitan jenis 16 dan 18 sahaja.
- Gardasil 9 boleh mencegah jangkitan HPV jenis 6, 11, 16, 18 dan juga jenis 31, 33, 45, 52 dan 58 (31, 33, 45, 52 dan 58 juga boleh menyebabkan barah cervix).
____________________________________________________________________________
Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebut di atas dan ingin berjumpa dengan doktor wanita, sila hubungi klinik kita di Dr. Tan & Partners cawangan:
Dr. Tan & Partners @ DUO Galleria
Nombor telefon +65 6976 5023
Dr. Tan & Partners @ Robertson
11 Unity St
#02-06/07 Robertson Walk
Singapore 237995
Nombor telefon +65 6238 7810
Klinik juga bersedia menerima pesakit tanpa membuat temu janji.