Posts

Vaginitis – Penyakit Yang Anda Perlu Ketahui

Apakah itu vaginitis?

Vaginitis adalah penyakit faraj atau vagina yang kerap berlaku antara kaum wanita. Lazimnya, sebanyak 5-50% kes vaginitis dilaporkan merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Tenggara.Terdapat kajian yang dijalankan yang menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti umur, status perkahwinan dan tahap pendidikan mempengaruhi jangkitan vaginitis. Contohnya, wanita yang berumur antara 21 dan 35 tahun dan yang sudah berkahwin paling kerap dilaporkan dengan simptom-simptom di bahagian faraj. Tahap pendidikan rendah juga dikaitkan dengan jangkitan vaginitis yang lebih kerap berbanding dengan wanita-wanita yang menuntut di universiti atau kolej. 

Terdapat ramai wanita kurang pengetahuan mengenai vaginitis dan lebih-lebih lagi, tabu (taboo) masyarakat boleh menyekat wanita menampilkan diri ke hadapan dan menyuarakan isu-isu seperti ini. Sebab-sebab vaginitis boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit. 

Doktor yang boleh berbahasa melayu

Apakah simptom-simptom vaginitis?

Simptom-simptom atau gejala vaginitis termasuk perubahan dalam kuantiti, warna atau bau lelehan faraj, rasa gatal, perlepasan lelehan pada bahagian faraj, faraj atau pembukaan faraj bengkak, lelehan faraj berdarah, rasa sakit atau pedih setelah hubungan seks atau kencing. 

Apakah penyakit berjangkit yang menyebabkan vaginitis?

Terdapat berbagai penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan vaginitis. Kita lihat penyakit-penyakit ini dengan lebih terperenci seperti berikut: 

1. Bacterial Vaginosis

Penyakit Bacterial Vaginosis (BV) adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria-bakteria seperti Gardnerella vaginalis, spesies Prevotella, spesies Bacteroidies, Mycoplasma hominis, Ureaplasma urealyticum dan berbagai lagi. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui hubungan seks.

Ia disebabkan oleh perubahan dalam flora faraj daripada Lactobacillus (yang semulajadi dalam faraj) kepada pelbagaian bakteria yang boleh menyebabkan peningkatan pH dalam faraj (pH yang normal adalah 4.5).

Apakah tanda dan simptom Bacterial Vaginosis?

Kebanyakan wanita (sebanyak 50-75%) dengan BV tidak menunjukkan simptom. Wanita yang mempunyai simptom biasanya melaporkan lelehan faraj berwarna putih atau kelabu yang berbau tidak normal. Baunya digambarkan sebagai bau hanyir. 

Bagaimana Bacterial Vaginosis dirawat?

BV boleh dirawat dengan antibiotik seperti metronidazole atau clindamycin. Metronidazole boleh diberi secara oral ataupun secara pessari (kemasukan ubat ke dalam faraj).

Apakah petua pencegahan Bacterial Vaginosis dan apakah akibat potensi jangkitan ini?

Disebabkan BV boleh dijangkiti melalui hubungan seks, mengelakkan hubungan seks boleh mencegah penyakit ini. Kontrasepsi (ubat yang mengelakkan wanita hamil) dan kondom juga boleh mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini. Wanita juga boleh mencuba probiotik walaupun keberkesanan tidak terbukti atau jelas. 

Fakta penting yang anda perlu ketahui bagi mereka yang mempunyai jangkitan BV juga mempunyai peningkatan risiko untuk memperolehi jangkitan HIV, Herpes, Gonorrhoea dan Chlamydia. Pentingnya, BV boleh menyebabkan kelahiran pra-matang dalam kalangan wanita hamil.

2. Candida 

Candida adalah kulat yang kadang-kala hidup di dalam faraj tetapi tidak menyebabkan apa-apa simptom. Walaubagaimanapun, penyakit jangkitan Candida (juga dipanggil “vulvovaginal candidiasis”) berlaku jika wanita tersebut mempunyai simptom-simptom yang dijelaskan di bawah. 

Apakah simptom-simptom vulvovaginal candidiasis?

Simptom termasuk kegatalan (paling kerap) dan kepedihan. Wanita kadang-kala mempunyai lelehan faraj yang berwarna putih yang boleh menyerupai keju (cottage cheese atau curd) dan kemerahan kulit di pembukaan faraj (vulva) dan kemerahan mukosa faraj.

Apakah faktor risiko seseorang mengalami vulvovaginal candidiasis?

Penyakit ini kadang-kala berlaku tanpa apa-apa pencetus. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko jangkitan ini. Ini termasuk:

  • Penyakit kencing manis
  • Pengambilan antibiotik
  • Peningkatan tahap oestrogen yang boleh disebabkan oleh pengambilan ubat kontrasepsi, kehamilan, dan penggunaan ubat oestrogen
  • Keadaan sistem imun yang lemah (misalnya penyakit HIV atau penggunaan ubat yang boleh melemahkan sistem imun seperti steroid atau kemoterapi)
  • Walaupun penyakit ini bukan dikelaskan antara penyakit yang boleh dijangikiti melalui hubungan seks (sexually transmitted infection or disease atau STD/STI) secara ekslusif, risikonya meningkat jika wanita tersebut melakukan hubungan seks. 

Apakah ubat yang boleh merawat vulvovaginal candidiasis?

Ubat seperti fluconazole boleh digunakan untuk rawatan penyakit ini. 

Apakah petua pencegahan vulvovaginal candidiasis?

Tidak ada cara pencegahan yang spesifik yang boleh mencegah penyakit ini. Untuk mengurangkan risikonya, individu yang mengidap penyakit kencing manis perlu memastikan permakanan yang bergula dikawal rapi, mengelakkan pengambilan antibiotik jika tidak diperlukan dan mengelakkan hubungan seks dengan pelbagai pasangan. 

Walaupun tidak sepenuhnya terbukti, probiotik boleh dicuba untuk mengurangkan risiko penyakit ini.  

3. Chlamydia trachomatis

Chlamydia trachomatis adalah bakteria yang paling kerap menyebabkan penyakit yang melibatkan organ seksual. Hampir semua jangkitan bakteria ini adalah melalui hubungan seksual. Ia boleh berlaku di kalangan kaum wanita dan juga kaum lelaki. 

Apakah simptom-simptom jangkitan Chlamydia trachomatis?

Di kalangan wanita, simptom-simptom adalah seperti simptom vaginitis di atas – perubahan dalam lelehan faraj, kepedihan di faraj ataupun semasa kencing, lelehan darah walaupun bukan semasa haid, lelehan darah selepas hubungan seks. Jika bakteria ini menyebabkan jangkitan yang melibatkan organ yang lain di dalam system reproduksi wanita (cervix, tube fallopian, ovari), ia boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis (pelvic inflammatory disease) dan wanita tersebut mungkin akan mengadu kesakitan perut atau pelvis. Kebanyakan wanita yang mempunyai penyakit Chlamydia trachomatis tidak menunjukkan apa-apa simptom dan boleh menjangkiti pasangan mereka tanpa disedari. Bagi wanita yang hamil, kesulitan boleh berlaku seperti kehamilan ektopik (di mana janin berada di tempat selain daripada rahim) dan kelahiran pra-matang pada wanita hamil yang dijangkiti bakteria ini. 

Bagi kaum lelaki, simptom-simptom yang boleh berlaku adalah kesakitan ketika kencing, kesakitan ketika ejakulasi, kesakitan perut atau di kawasan lubang dubur. Kaum wanita dan lelaki juga boleh mengalami simptom kesakitan dan kemerahan mata dan juga sakit tekak.

Bagaimana penyakit Chlamydia trachomatis diuji?

Sampel kencing, lelehan faraj, lelehan zakar atau buntut dan juga tekak boleh diambil dan dihantar untuk ujian mengesan DNA bakteria Chlamydia trachomatis. Ujian untuk mengesan penyakit jangkitan STD yang lain juga perlu dilakukan kerana jangkitan satu bakteria boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria yang lain. 

Walaupun keputusan ujian yang dijelaskan di atas selalunya mengambil lebih kurang 1 minggu untuk di proses, di klinik Dr Tan & Partners, satu ujian berlainan yang dinamakan Rapid CGP (Chlamydia/Gonorrhoea panel) juga boleh dijalankan. Keputusannya boleh diterima dalam masa 1 hari. Ujian ini boleh menguji sampel kencing dan lelehan faraj sahaja.  

Apakah rawatan yang boleh didapati untuk jangkitan Chlamydia trachomatis?

Antibiotik seperti azithromycin atau doxycycline adalah berkesan untuk membasmi bakteria ini. Kebanyakan kes-kes di mana disyaki penyakit jangkitan STD, antibiotic untuk merawat jangkitan gonorrhoea juga diberi sebelum pengesahan bakteria dibuat kerana kadang-kala jangkitan Chlamydia trachomatis berlaku bersama jangkitan gonorrhoea. 

Apakah komplikasi penyakit Chlamydia trachomatis

Komplikasi penyakit ini jika tidak dirawat adalah penyakit keradangan pelvis (pelvic inflammatory disease) yang boleh menyebabkan kemandulan kepada kaum wanita, kehamilan ektopik atau kesakitan pelvis yang kronik. 

Apakah petua pencegahan Chlamydia trachomatis?

Hubungan seks perlu dielakkan untuk mencegah penyakit ini. Penggunaan kondom juga boleh mengurangkan risikonya. Adalah sangat penting jika seseorang dijangkiti penyakit Chlamydia trachomatis atau STD lain untuk menasihatkan pasangan individu tersebut menjalani ujian dan diberi rawatan secepat mungkin. Ini adalah untuk mencegah jangkitan tersebut berulang. 

4. Gonorrhoea

Seperti Chlamydia trachomatis, penyakit gonorrhoea (atau gonorrhea) juga dijangkiti melalui hubungan seksual oleh bakteria Neiserria gonorrhoea

Apakah simptom-simptom jangkitan gonorrhoea? 

Seperti penyakit jangkitan Chlamydia trachomatis, simptom-simptom yang boleh berlaku adalah perubahan pada lelehan faraj, selalunya lelehan akan berwarna kuning seperti nanah, kepedihan di bahagian faraj ataupun semasa kencing, lelehan darah walaupun bukan semasa haid dan lelehan darah selepas hubungan seks. Penyakit ini juga boleh menyebabkan pelvic inflammatory disease. Kaum lelaki juga boleh mengalami lelehan zakir yang menyerupai nanah, kesakitan semasa kencing atau semasa ejakulasi dan kesakitan di kawasan lubang dubur. Sakit tekak dan kesakitan dan kemerahan mata juga boleh berlaku dalam kalangan kaum wanita dan lelaki. Kadang-kala seseorang yang dijangkiti bakteria ini tidak menunjukkan apa-apa simptom. 

Penyakit gonorrhoea juga boleh menyebabkan sindrom yang bernama “disseminated gonorrhea infection” dimana penyakit ini boleh melibatkan bahagian badan lain seperti sendi dan jarang sekali tulang, injap jantung ataupun meningitis. 

Bagaimana penyakit gonorrhoea diuji?

Sama seperti Chlamydia trachomatis, sampel kencing, lelehan faraj, lelehan zakar atau dubur dan juga tekak boleh diambil dan dihantar untuk ujian mengesan DNA bakteria Neisseria gonorrhea. Ujian untuk mengesan penyakit jangkitan STD yang lain juga perlu dilakukan kerana jangkitan satu bakteria boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria yang lain. 

Walaupun keputusan ujian yang dijelaskan di atas selalunya mengambil lebih kurang 1 minggu untuk di proses, di klinik Dr Tan & Partners, satu ujian berlainan yang dinamakan Rapid CGP (Chlamydia/Gonorrhoea panel) juga boleh dijalankan. Keputusannya boleh diterima dalam masa 1 hari. Ujian ini boleh menguji sampel kencing dan lelehan faraj sahaja.  

Jika individu disyaki mengalami penyakit “disseminated gonorrhea”, individu tersebut dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di hospital. 

Apakah rawatan yang boleh didapati untuk penyakit gonorrhoea?

Antibiotik seperti ceftriaxone melalui suntikan ke dalam otot bersama dengan pengambilan ubat azithromycin atau doxycycline secara oral adalah berkesan untuk membasmikan bakteria ini. 

Apakah komplikasi penyakit gonorrhoea? 

Komplikasi penyakit ini jika tidak dirawat adalah penyakit keradangan pelvis (pelvic inflammatory disease) yang boleh menyebabkan kemandulan kepada kaum wanita, kehamilan ektopik atau kesakitan pelvis yang kronik.

Bayi yang dilahirkan oleh wanita yang menghidapi penyakit gonorrhoea boleh mengalami komplikasi mata yang boleh menyebabkan bayi itu buta. Kesulitan kepada bayi yang lain juga termasuk penyakit jangkitan yang serius seperti sepsis, meningitis atau penyakit sendi. 

Apakah petua pencegahan gonorrhoea?

Hubungan seks perlu dielakkan untuk mencegah penyakit ini. Penggunaan kondom juga boleh mengurangkan risikonya. Adalah sangat penting jika seseorang dijangkiti penyakit gonorrhoea atau STD lain untuk menasihatkan pasangan individu tersebut menjalani ujian dan diberi rawatan secepat mungkin. Ini adalah untuk mencegah jangkitan tersebut berulang. 

5. Trichomoniasis

Penyakit trichomoniasis adalah disebabkan oleh protozoa yang dinamakan Trichomonas vaginalis dan hampir semua jangkitan berlaku melalui hubungan seksual. 

Apakah simptom-simptom jangkitan penyakit trichomoniasis? 

Sebanyak 70-85% individu yang dijangkiti penyakit ini tidak mempunyai simptom. Bagi kaum wanita, simptom-simptom seperti lelehan faraj cair yang boleh merupakan nanah yang berbau, kepedihan, kesakitan semasa kencing, kegatalan, kesakitan perut atau semasa hubungan seksual boleh berlaku. 

Bagaimana penyakit trichomoniasis diuji?

Sampel lelehan faraj diambil dan diuji untuk ujian yang melibatkan pengiktirafan protozoa Trichomonas vaginalis di bawah mikroskop dan juga pengesanan DNA (sama seperti Chlamydia trachomatis dan Neisseria gonorrhoea). 

Apakah rawatan yang boleh didapati untuk trichomoniasis?

Antibiotic metronidazole adalah berkesan untuk membasmi penyakit ini dan boleh diberi secara oral atau pessari. 

Apakah komplikasi penyakit trichomoniasis? 

Penyakit keradangan pelvis (pelvic inflammatory disease) boleh berlaku dan boleh menyebabkan wanita tersebut mandul atau mengalami kehamilan ektopik. Selain daripada itu, wanita juga boleh mengalami keadaan neoplasia cervix dimana sel-sel di cervix boleh berubah dan boleh mengakibatkan keadaan yang mendorong kepada kanser. Penyakit trichomonas juga boleh meningkatkan risiko kecenderungan jangkitan HIV. 

Bagi wanita yang hamil yang mengalami penyakit ini, kelahiran pra-matang atau penurunan berat badan bayi boleh berlaku. Bayi tersebut juga boleh mengalami demam, sesak nafas atau jangkitan kencing. 

Apakah petua pencegahan trichomoniasis?

Hubungan seks perlu dielakkan untuk mencegah penyakit ini. Penggunaan kondom juga boleh mengurangkan risikonya. Adalah sangat penting jika seseorang dijangkiti penyakit ini atau STD lain untuk menasihatkan pasangan individu tersebut diuji dan diberi rawatan secepat mungkin. Ini adalah untuk mencegah jangkitan tersebut diulang lagi sekali. 

Ujian penyembuhan atau “test of cure” perlu dijalankan 3-4 minggu selepas rawatan. Ini adalah kerana sebanyak 17% individu dilaporkan mendapat jangkitan yang berulang. 

6. Vaginitis yang disebabkan oleh virus 

Virus-virus seperti herpes simplex (HSV) dan human papilloma virus (HPV) boleh menyebabkan vaginitis. 

Apakah simptom-simptom atau tanda vaginitis virus?

Virus herpes simplex selalunya menyebabkan individu tersebut mengalami kesakitan dan semasa pemeriksaan,doktor luka atau ulser boleh dilihat di dalam faraj. Untuk mereka yang dijangkiti HPV, pertumbuhan yang dinamakan “wart” boleh berlaku di bahagian faraj, pembukaan faraj, lubang dubur dan juga di dalam mulut. Kedua-dua virus ini selalunya dijangkiti melalui hubungan seksual. 

Apakah rawatan yang boleh diberi untuk vaginitis virus?

Untuk HSV, rawatannya adalah pengambilan ubat secara oral iaitu valaciclovir atau acyclovir. Rawatan vaginitis HPV pula memerlukan pakar ginekologi untuk rawatan lebih khusus. 

Apakah sebab-sebab vaginitis yang tidak disebabkan oleh jangkitan bakteria, protozoa atau virus?

Terdapat pelbagai amalan individu yang boleh mengubahkan keseimbangan faraj. Pengekalan keseimbangan pH dalam faraj adalah penting untuk mencegah penyakit jangkitan seperti yang disebut di atas (bakteria, protozoa dan virus). Perubahan pH boleh meningkatkan risiko jangkitan. 

Amalan kebersihan seperti penggunaan sabun dan detergen yang mengandungi perfum, amalan “douching” atau mencuci faraj, kemasukan bahan spermicide (bahan yang menghapuskan sperm) dan spray faraj semua boleh menganggu penghasilan mukosa (lapisan) faraj yang boleh mengubahkan pH atau menyebabkan ulser dan kepedihan faraj. Bicaralah dengan dokter Anda hari ini!

____________________________________________________________________________

Doktor yang boleh berbahasa melayu

Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebut di atas dan ingin berjumpa dengan doktor wanita, sila hubungi klinik kita di Dr. Tan & Partners cawangan:

DTAP Clinic @ DUO Galleria

7 Fraser St,
#B3-18 DUO Galleria (Bugis MRT), 
Singapore 189356

Telepon +65 6976 5023

Klinik juga bersedia menerima pesakit tanpa membuat temu janji. 

11 Causes of Dyspareunia in Women (Pain During Intercourse)

Dyspareunia or Pain During Intercourse is a condition whereby people experience pain during sexual intercourse. Both men and women can experience pain during sex sometime during their lives. However, it is much more common for women. Particularly in young women who are inexperienced or women who are in the perimenopause or menopause stages.

There is not much awareness about this topic as there is still a stigma surrounding it. Consequently, women are not speaking to their sexual partner, friends, close family or doctor when faced with this issue. If the situation is not dealt with, it may lead to other problems. Besides not being able to enjoy sex, the pain will progressively worsen due to the muscles tightening up.
Dyspareunia will have a negative physical impact on you, as well as being able to emotionally affect you and your partner’s relationship.

Pain During Intercourse can be classified into either deep or superficial pain during sex.

 

Causes of superficial pain include:

1.) Vaginismus

Vaginismus is the spasms of vaginal muscles which arises from the fear of being hurt. This can cause both deep and superficial pain, making sex extremely painful and sometimes even impossible. As a result of fear of vaginal examinations, women with vaginismus may never be able to use tampons or have a pap smear test.
The causes of vaginismus can be attributed to a restrictive upbringing, a history of rape or sexual abuse as a child, or past painful vaginal infections such as genital herpes.

2.) Lack of Vaginal Lubrication

This is arguably the most common cause of dyspareunia. Lack of vaginal lubrication can be due to nervousness, failure to relax, not having enough foreplay, or having unskilled foreplay performed by the male partner. Dyspareunia because of this can be resolved through increased foreplay, using lubricants by both counterparts, or if the female can become more relaxed.
One feature of menopause is the fall in production of the female hormone oestrogen, this causes vaginal dryness in perimenopausal or menopausal women. In this case, using lubricants during sex should reduce the pain substantially. Other treatment options available for these women are hormone replacement therapy (HRT) or vaginal hormone creams with the purpose to actively boost oestrogen production.

3.) Vaginitis (Inflammation of the Vagina)

Vaginitis is essentially the inflammation of the vagina which is caused by infections from thrush (candida), trichomonas or bacterial vaginosis (BV).
Common symptoms of this condition would be abnormal vaginal discharge, as well as itchiness and a burning sensation in the vagina and vulva (opening of the vagina).

Another type of causes, especially if associated with an infection, can also cause pain.
This includes:

  • Genital herpes
  • Foreign body in the vagina
  • Forgotten tampon

Generally, treating the infection will simultaneously clear dyspareunia.

4.) Vulvitis (Inflammation of the Vulva)

Vulvitis is the inflammation of the vulva (opening of the vagina) that can progressively lead to cracks in the skin of the vulva. It can also cause pain (including dyspareunia), itching and a burning sensation in the vulva.
Contact dermatitis is a common skin disorder that can also lead to inflammation of the surrounding skin of the vulva either due to an allergic reaction or direct exposure to agents like perfumed soaps, douches or lubricants.

5. Injury

Injuries to the vulva commonly stem from labour. During labour, episiotomy cuts or tears can occur. If unattended to, it may cause pain during sex for an extended period of time. Otherwise, badly healed stitches can cause pain too.
If you are experiencing any of these problems, it is advised to see a doctor sooner.

Causes for deep pain include:

6. Problems with the Cervix

During sex, the penis is able to come into contact with the cervix (opening of the womb). This can cause pain due to deep penetration, also known as ‘collision dyspareunia’. This open contact can also cause STDs such as gonorrhoea, chlamydia, trichomoniasis, genital herpes and others.
Additionally, if an intrauterine contraceptive device (IUD) or ‘coil’ planted at the cervical canal becomes displaced during sex, this can also cause pain.

7. Problems with the Uterus (womb) or Ovaries

Womb disorders or other problems in this region can cause deep pain during sex, such as:

  • Fibroids
  • Fixed retroverted uterus
  • Ovarian cysts

8. Endometriosis

Endometriosis is a disorder in which the tissues intended to line the uterus start growing outside the uterus. The location where endometriosis occurs will determine how much pain you experience during sex. The pain is expected to be more intense if endometriosis occurs behind the vagina and lower part of the uterus.

9. Pelvic inflammatory disease (PID)

PID is caused by a sexually-transmitted infection in the upper female genital tract (pelvis). During sex, pressure on these badly inflamed tissues in the affected region can cause deep pain.

10. Pelvic Adhesions

Pelvic adhesions are when the tissues in the upper female genital tract (pelvis) become stuck together. This development is usually due to the aftermath of surgery, injury (trauma), radiation treatment or infection, like a complication of pelvic inflammatory disease (PID). These adhesions can cause pain, including dyspareunia.

11. Ectopic Pregnancy

An ectopic pregnancy is when the pregnancy is located outside the womb, like in the fallopian tubes, cervix or ovary. As this type of pregnancy develops, it will stretch out the surrounding tissue, creating discomfort. Pressure on this region during sex will cause more pain.
If you are experiencing repeated pain during or after sex, do not hesitate to see a doctor or visit our clinic as dyspareunia is not normal and often the underlying cause is curable. The longer you leave it, the more issues it may cause to yourself and also may lead to a detrimental effect on your relationship with your partner.

If you are experiencing Pain During Intercourse, it is highly recommended to visit our doctor at our DTAP Clinics as soon as possible, especially if the pain becomes persistent. Most causes of dyspareunia are not serious. However, there is a few that can be severely detrimental to your health and well-being.

Take Care!

Other Interesting Reads:

    1. What You Need To Know about HPV, Cervical Cancer, Pap Smear & HPV Vaccination
    2. 11 Causes of Dyspareunia (Pain During Intercourse)
    3. What is HPV Vaccination (Gardasil 9)
    4. 10 Causes of abnormal Vaginal Lumps and Bumps
    5. An Overview of Gonorrhoea
    6. What is the Treatment for Cold Sores? What causes Cold Sores?
    7. Sex During Period (Sex & Menstruation) What To Know