MBBS (Singapore), Cert. Men’s Health
MB BCh BAO (Ireland), MRCP (UK)
Dr. Taufiq
Dr. Muhd Taufiq telah menamatkan pengajiannya di Sekolah Perubatan NUS pada tahun 2006. Sejak itu, beliau terus menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang-bidang Pediatrik, Perubatan dan Pembedahan Am sewaktu bertugas di hospital-hospital pemerintah dan institusi penjagaan kesihatan di Singapura.
Dr Taufiq berpegang teguh pada prinsip bahawa setiap individu itu boleh diperkasakan untuk bertanggungjawab atas kesihatan diri sendiri. Justeru, cara untuk mencapai matlamat tersebut ialah dengan menyampaikan ilmu kesihatan dengan berkesan melalui sarana-sarana yang berbeza.
Antara sumbangan beliau untuk berkongsi ilmu kesihatan dengan masyarakat am, Dr.Taufiq sering menulis rencana-rencana berkaitan masalah kesihatan. Tulisan beliau diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, dan disorotkan pada akhbar-akhbar tempatan seperti Berita Minggu, Berita Harian dan The New Paper.